Kau Laksana Bulan

Kau Laksana Bulan
~~Iman di hati, cinta hanya kepada Ilahi~~

Denganmu atau tanpamu

Dengan Atau Tanpamu, Kaku disatu cinta. Cinta melirikan lara. Gerak kerinduan, sendiri tanpamu. Kadang menusukkan jiwaku. Namun aku tetap tega jua lalu ku tempuhi semuanya. Cinta luhur digilap menjadi cahaya, Dengan mu hidup lebih bermakna. Keyakinanku pun semakin bertambah. Semakin mudah kaki mengatur langkah, rasa tepatnya pilih hidup bersama denganmu.

Sebelum terjatuh sakitnya tak tertanggung.Atau kemungkinan langit esok mendungDibawah langit yang terbukaKu mohon rahmat Tuhan Yang Esa

Kalau ditakdirkan aku harus berhadapanBerakhirnya suatu ikatanAkan aku relakan pada perpisahanNyawa berpisah dari badan

Kalau ditakdirkan berakhir dipertengahanSuratan sebuah percintaanSanggup aku menahanPedih perpisahanWalau menghiris perasaanSakitnya biar aku rasakan..

Wednesday, December 13, 2006

Bercerai Duda

Aku sudah bercerai
Mungkin berita itu
Tak memeranjat kamu
Tapi aku berkecai-kecai.

Selamanya aku fikir
Cerai seperti kawin,
Adalah hal peribadi.
Sebenarnya tidak begitu.
Bila aku bercerai
Bukan aku dan dia saja
Melarat kepada keluarga
Keluarga kami berdua
Kepada kawan-kawan
Sesama kerja dan jira-jiran
Tukang dobi pun tahu rahsia.

Pada peringkat mula-mula
Kawan-kawan datang jumpa
Macam melawat orang mati
Semua nak tengok mana dia,
Tetapi bekas isteri saya
Dah pergi rehat bersukaria.

Berkata seorang sahabat-
Maklumlah kawan rapat
Katanya semua dah tahu
Bahawa bekas isteriku itu
Mencintai lelaki baru.

Satu lagi kawan dengar cerita
Aku pun punya cinta muda
Oh, dahsyat kata-kata mereka!
Setua aku ini ada kekasih muda?
Jika betul ada taklah mengapa.

Satu kawan lagi datang berkata
Tak taulah bagaimana dia
Dan isterinya, tanpa kami berdua
Isterinya pun berkata begitu juga
Adakah kita semua harus jadi pelekat
Bagi semua perkahwinan yang sepakat?

Seorang kawan lagi bertutur
Bahawa dia makan ubat tidur
Dan dua hari lena membujur
Setelah seminggu desas-desus,
Mengertilah aku dengan jelas
Bahawa aku tak boleh kata apa-apa
Kerana tidak tahan mata
Melihat mereka berduka nestapa.

Apa yang semuanya tidak tahu
Ialah di sebalik cakap-cakap itu
Darihak nafkah, anak perlu dibantu,
Bahawa di bawah kata-kata simpati,
Ialah aku sendirilah yang ketakutan
Kerana mengalami perceraian,
Dan kini aku sendirian, kesepian.

Pada mula-mulanya
Aku akan menengok jam
Dalam hati sambil diam,
“semalam dia masih ada.”

Kini sudah lama masa berlalu
Sejak aku menjenguk-jenguk waktu
Sudah begitu lamanya,
Tengok kelendar pun tak ada makna
Tapi pada mula-mula bercerai
Segala sebab-sebabnya dihurai
Kenapa orang ramai
Yang menangis dan mengilai
Seolah-olah mereka semua pandai
Dan cerita mereka belum selesai.

Aku fikir kerisauan baru
Serupalah dengan susu baru:
Kita minum cepat-cepat
Sebelum ia masam dan berkulat.

Tetapi kehibaan tak boleh dipakai
Dari semusim ke semusim
Seperti mutiara-mutiara yang lazim
Kita pakai sebagai rantai.

Berduka nestapa akan menjadi
Sesuatu yang tidak disukai
Kepada orang-orang yang memerhati
Akan masa-masa kedukaan kita.

Duda yang elok kelakuan
Tidak menangis bersedu-seduan
(aku?menangis? hanya kerana aku kesunyian sebab
Ketiadaan seorang perempuan yang pernah kucintakan?)

Seorang duda yang budiman
Hidup terus berpedoman
(aku berus gigiku dan tidak menampar dinding. Aku
Tidak mendongak dari hujung jarumku dan bertanya, “kenapa”?)

Seorang duda yang benar
Mengetahui dimana duduknya.

Duda yang waras fikirannya
Tidak meminta apa-apa
Kepada anak-anaknya
(aku senyum dan berkata kepada mereka, Ya, buatlah, silalah.
Aku tahu kau punya hidup sendiri
Aku tidak irihati
Dan berkata kepada mereka,
“dulu aku pun punya hidup juga.’)
Aku berfikir sambil baring dalam gelap
Akan segala hal yang kami rancangkan
Sendirian tidak bermakna apa-apa,
Tapi siapakah mau dengar nanyian solo
Seorang duda dan kedudaannya?

Tidak ada sesiapa
Selain seorang lagi duda,
Kerana hanya dia sahaja
Yang tahu pahit maungnya
Hal demikian takkan berubah warna,
Sebab “alah bisa kerana biasa”.