Kau Laksana Bulan

Kau Laksana Bulan
~~Iman di hati, cinta hanya kepada Ilahi~~

Denganmu atau tanpamu

Dengan Atau Tanpamu, Kaku disatu cinta. Cinta melirikan lara. Gerak kerinduan, sendiri tanpamu. Kadang menusukkan jiwaku. Namun aku tetap tega jua lalu ku tempuhi semuanya. Cinta luhur digilap menjadi cahaya, Dengan mu hidup lebih bermakna. Keyakinanku pun semakin bertambah. Semakin mudah kaki mengatur langkah, rasa tepatnya pilih hidup bersama denganmu.

Sebelum terjatuh sakitnya tak tertanggung.Atau kemungkinan langit esok mendungDibawah langit yang terbukaKu mohon rahmat Tuhan Yang Esa

Kalau ditakdirkan aku harus berhadapanBerakhirnya suatu ikatanAkan aku relakan pada perpisahanNyawa berpisah dari badan

Kalau ditakdirkan berakhir dipertengahanSuratan sebuah percintaanSanggup aku menahanPedih perpisahanWalau menghiris perasaanSakitnya biar aku rasakan..

Tuesday, December 12, 2006

Setiap malam aku merenung ke dada langit dan kulihat bintang­-bintang rindumu bergermerlapan di sana. Betapa aku bahagia kerana aku tahu saat itu bukan hanya aku malah dirimu juga turut merindui, kerana terlalu banyak bintang yang bersinar di langit tinggi.

Kekasih…Bahasa apa yang patut aku bicarakan bagi mempersembahkan rindu di dada ini? Kini hanya tinggal tutur mata yang buat menulis lembaran rindu yang jika diperkisahkan nescaya tidak akan tamat selamanya. Sehingga tiba saat yang telah ditetapkan Tuhan untuk aku, dirimu dan kisah kita ini. Dan di waktu itu kita akan pasrah dan redha segalanya yang telah ditakdirkan Tuhan.

Tuhan…Dengan namaMu aku bermohon dan dengan sebab cinta aku berharap. Tunjukkan aku jalan yang sebenar dalam menghadapi cinta. Jangan Engkau biarkan aku hanyut dalam rindu sewaktu gelombangnya menenggelamkan jiwaku bersendu. Hanyut aku kelemasan jika tanpa secebis rahmat daripadaMu. Wahai Tuhan….

Tuhan..Aku cukup bahagia begini walaupun kadang-kadang rindu ini terlalu mencengkam jiwa. Bahagiakanlah dia sebagaimana Engkau bahagiakan aku dengan cintanya. Rahmatilah dia sepertimana Engkau rahmati aku dengan kasihnya. Peliharalah dia sebagaimana Engkau pelihara diriku dengan rindunya. Jadikanlah cintaku ini tulus, kasihku ini suci dan rinduku ini benar. Jadikanlah semuanya itu seumpama sirna cahaya yang menerangi kelamnya perjalanan di malam hari.

Tuhan…Rahmatilah cinta kami, berkatilah kasih kami dan sucikanlah rindu kami. Satukanlah hati kami dengan namaMu. Ikatlah cinta kami atas jalan keredhaanMu. Matikanlah kami dengan cinta yang akan membawa kami menghadapi Mu dengan cinta.

Tuhan…Jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk. Yang tidak menyesatkan dan tidak disesatkan. Damai dengan para kekasihmu dan memusuhi kepada musuh-musuhmu, demi cinta kami kepadaMu, kami mencintai orang-orang yang Engkau mencintainya. Dan demi permusuhanMu, kami akan memusuhi orang-orang ng memusuhi Engkau.