Kau Laksana Bulan

Kau Laksana Bulan
~~Iman di hati, cinta hanya kepada Ilahi~~

Denganmu atau tanpamu

Dengan Atau Tanpamu, Kaku disatu cinta. Cinta melirikan lara. Gerak kerinduan, sendiri tanpamu. Kadang menusukkan jiwaku. Namun aku tetap tega jua lalu ku tempuhi semuanya. Cinta luhur digilap menjadi cahaya, Dengan mu hidup lebih bermakna. Keyakinanku pun semakin bertambah. Semakin mudah kaki mengatur langkah, rasa tepatnya pilih hidup bersama denganmu.

Sebelum terjatuh sakitnya tak tertanggung.Atau kemungkinan langit esok mendungDibawah langit yang terbukaKu mohon rahmat Tuhan Yang Esa

Kalau ditakdirkan aku harus berhadapanBerakhirnya suatu ikatanAkan aku relakan pada perpisahanNyawa berpisah dari badan

Kalau ditakdirkan berakhir dipertengahanSuratan sebuah percintaanSanggup aku menahanPedih perpisahanWalau menghiris perasaanSakitnya biar aku rasakan..

Wednesday, December 13, 2006

Lelaki beristeri

Aku ikut adat lama
Bila perkahwinan ertinya saksama
Dan kini zaman baru
Bila perkahwinan jadi keliru.

Dan, seperti lelaki-lelaki zamanku
Perkahwinan menjadi hal ragu-ragu
Kenapa aku mahu kawin
Dan tidak adakah jalan-jalan lain
Kemungkinan-kemungkinan
Yang tidak memerlukan
Tanggungjawab, harapan atau kepercayaan.

Tapi apakah hidup tanpa percaya
Yang mendahului cinta dan setia?
Adakah wajar diikuti jalan itu
Tanpa harapan
Yang membendung kerisauan?

Lelaki yang ada isteri
Belajar menguasai dunia
Dalam lindungan rumahnya,
Dalam teduhan harapannya,
Dalam api kepercayaannya,
Untuk memenuhi cintanya.

Sudah kahwin?
Kenapa aku dah kahwin?
Terperangkap dalam lautan
Menolong isteri menukar kain-kain tiduran
Dan mengubah sikap menolong isteri
Menyapu rumah, membersih tingkap
Mengemas bilik, menukar lampiran anak
Mengisi botol-botol garam dan kicap?

Mengapa aku beristeri?
Sebab demi masa yang berubah-rubah
Di sebalik angin dan awan rendah
Belum ku nampak sebarang tanda
Bahawa selain dari perkahwinan
Bagi sekalian manusia
Tidak ada jaminan bahagia.