Kau Laksana Bulan

Kau Laksana Bulan
~~Iman di hati, cinta hanya kepada Ilahi~~

Denganmu atau tanpamu

Dengan Atau Tanpamu, Kaku disatu cinta. Cinta melirikan lara. Gerak kerinduan, sendiri tanpamu. Kadang menusukkan jiwaku. Namun aku tetap tega jua lalu ku tempuhi semuanya. Cinta luhur digilap menjadi cahaya, Dengan mu hidup lebih bermakna. Keyakinanku pun semakin bertambah. Semakin mudah kaki mengatur langkah, rasa tepatnya pilih hidup bersama denganmu.

Sebelum terjatuh sakitnya tak tertanggung.Atau kemungkinan langit esok mendungDibawah langit yang terbukaKu mohon rahmat Tuhan Yang Esa

Kalau ditakdirkan aku harus berhadapanBerakhirnya suatu ikatanAkan aku relakan pada perpisahanNyawa berpisah dari badan

Kalau ditakdirkan berakhir dipertengahanSuratan sebuah percintaanSanggup aku menahanPedih perpisahanWalau menghiris perasaanSakitnya biar aku rasakan..

Monday, December 11, 2006

Jangan Kau Nangis Lagi

Melihat kau berduka
meratap hiba
pada nasib sengsara
aku ikut gulana.

Kesatlah air suam di pipi
jangan kau nangis lagi.

Kau katuplah pintu mata air
pada mata yang sekian lama mengalir.

Mata
yang hanya dua,
jangan kau perbuta
dengan genangan air lara.

Apa kau kira
nestapa bisa mengubat luka
menawar duka?

Bukalah mata
lihat betapa indah cahaya
menyelinapi jendela

Tinggalkan segala duka di belakang
duniamu masih terang benderang.


Kasihku Seluas Laut Biru

Sanjung pujiku padamu
tidak bisa kau dengar
kalau kau pasang hanya telinga

Cuba kau suluh, kekasihku
dengan lampu matamu
di hujung kalbu
pada wajhku

Pasti kau temu
kasihku padamu
seluas laut biru

Sampai hujung waktu
kasih ini hanya untuk mu.


Menggamit Bintang

Telah datang
angin kencang
membasuh awan
bergelumang hitam bersekian

Lalu menyinar mentari
pada siang hari.
Bulan ikut mengambang
bila malam jelang.
Berlalulah musim rundung
wajah murung
di bawah mega mendung

Mari
kita tari rentak mentari
mandi di cahaya bulan.
Kita gamit dengan tangan
bintang-bintang gemerlapan.


Buluh Perindu

Ketika turun embun
kutanam buluh di persada kebun.

Kubaja dengan pati mayapada
dari taman inderaloka
penyegar jiwa.

Kusiram dengan air teduhan kasih
indah warna-warnanya
tatkala akarmu mencari maya.

Kudongakkan tunduk cinta
dengan tegap kasih kasturi

Ku lentur dengan senandung rindu
tiada hujung
tatkala kasih meranum.

Kubelai dengan angin restu
dari kalbu
sarat mengendong rindu

Kupayung dengan tadahan hajat
berpagar kata muafakat
kata kalimat nan keramat

Suburlah kau buluhku
jadi serumpun perindu
menyuling lagu merdu.


Selamat Malam Keringat

Selamat malam keringat
kau mengalir dari pagi
mengalahkan air kolam kesal
yang singgah sesekali
pada pipi.

Matahari muda di timur tadi
kemudian tua di barat bumi
tidak sesaat pun menoleh kita

Bulan malam yang tiba
memaling muka manisnya
bukan kearah kita.

Selamat malam keringat
besok datanglah lagi.
Kalau pun matahari tidak memerhati
dan bulan bisu berlalu,
kita tidak rugi apa-apa.


Mara Dengan Fikir

Kugenggam kekuatan, ke dalam
kepalan tangan kanan.
kutumbuk tembok batu, penyekat
kemahuanku.

Yang tumbang aku
tembok tetap di situ.

Kuperah fikiran, kudamaikan
otak dengan hati.
kususur tembok batu, penyekat
kehendakku.

Yang lalu aku
tembok berdiri kaku.

kuperah fikiran, kudamaikan
otak dengan hati.
kugenggam kekuatan, ke dalam
kepalan tangan kanan.
Kutumbuk tembok batu, penyekat
kemahuanku.

Yang mara aku
tembok berkecai jadi debu.


Ikhtiar

Tuhan menyuruh kita berikhtiar,
mencari jalan sebelum menadah tangan
memohon belas ikhsan.

Apakah daya kita, hendak
mencakar kuku tiada, hendak
mengigit taring melengkung, hendak
menumbuk tangan luka, hendak
menendang kaki kudung.

Tuhan menyuruh kita berikhtiar,
bukan sekadar melawan dengan kekuasaan
tetapi melawan juga dengan fikiran.

Fikiran sahaja tanpa apa-apa
tidak dapat mengalahkan senjata.


Cinta Pertama

Pada usia begini
kita pun dilanda cinta.

Cinta putik sebegini, lahir di waktu pagi
biar harum subur mewangi.

Kalau nanti, kita ketemu lagi
memetik sekuntum bunga di taman pelangi
bawalah bahagia padanya.
Cinta pagi biar jadi kasih sayang
mekarnya sampai ke petang
tetap kekal hingga ke malam.


Tamu Semalam

Tamu semalam
yang datang di penghujung malam
kubukakan pintu hati
persalinan kasih sayang.

Mentari pagi muncul lagi
ditinggalkannya padaku
sebilah belati
tercacak pada hati.


“Walau dalam nestapa
kerana setia pada kata?
ketika hari menjadi malam
aku bertemu sebiji bintang
tinggi di awan
memberiku senyuman
dengan cahaya gemerlapan.


Antara Embun Dan Insan


Telah turunlah
embun suci,
pada dinihari.
Lalu singgah sejenak
Di daun keladi
Sehingga pagi.

Anginpun bertiup
Mengocak keladi.
Lalu gugur
embun suci
ke rumput bumi

Matharipun terbit
Menghangat bumi.
Lalu lesap
embun suci
menghilang sepi.

Di alam fana ini
insan adalah embun:
hinggap sekejap
meminjam bumi;
Tiba ajal pulanglah ia.